Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

COVID-19 | Sembilan Korban...

Jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini setakat semalam bertambah menjadi 4,757,752 dengan adanya...

Kantoi Berpelukan, Afgan-Rossa Ada...

WALAUPUN jarang memuat naik gambar ataupun video bersama, namun ramai sudah mengetahui mengenai...

Lelaki Ditemukan Lemas Ketika...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di sebatang sungai...

Permohonan Undi Pos DUN...

KUALA LUMPUR : Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya...

Aras 3 Queensbay Mall Dilimpahi Air, Siling Runtuh Akibat Hujan Lebat

Bayan Lepas : Hujan lebat malam tadi menyebabkan aras tiga di pusat beli belah Queensbay Mall di sini, dilimpahi air.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengurusan Queensbay Mall berkata, kejadian berlaku jam 11.10 malam.

“Ia menyebabkan air melimpah ke bahagian pusat beli belah dan menjejaskan beberapa kedai di zon selatan aras berkenaan.

“Ketika ini, lokasi yang terjejas sudah dibersihkan dan semua lot kedai juga beroperasi seperti biasa.

“Bagaimanapun, hanya satu bahagian (yang terbabit) di aras tiga ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan,” katanya ditemui hari ini.


Terdahulu, beberapa rakaman video berkaitan kejadian terbabit tular di Facebook sejak malam tadi.

Antara rakaman video itu memaparkan lantai di aras berkenaan digenangi air selain ada beberapa individu melakukan kerja pembersihan.

Terdapat air yang bergenang menerusi siling sebelum siling berkenaan runtuh namun tiada kemalangan jiwa.

Tinjauan Harian Metro di aras berkenaan mendapati, kerja penyelenggaraan masih berlangsung selain lokasi itu dikawal bagi memastikan ia tidak didekati pengunjung.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori