Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Beberapa Negara Mula Longgar...

BEIJING - Beberapa negara mula melonggarkan sekatan pergerakan ketika jumlah kes jangkitan Covid-19...

4,000 Tiket Piala Sultan...

SHAH ALAM – Sejumlah 4,000 tiket Piala Sultan Selangor, diagihkan kepada seluruh warga...

Siasatan Bersama MH17...

Pasukan penyiasat antarabangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berkumpul minggu ini untuk...

Sultan Perak Berangkat Ke...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara...

Bajet 2023: Kementerian Kewangan Tak Terima Cadangan Pengeluaran KWSP

Pontian : Kementerian Kewangan tidak menerima sebarang cadangan atau permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 12 Sesi Dialog Bajet 2023 yang diadakan sejak 26 Januari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia menunjukkan mereka memahami bahawa pengeluaran KWSP hanya dilakukan ketika pendemik Covid-19.

Katanya, pada Sesi Dialog Bajet 2023 itu lapan kumpulan fokus dan empat negeri yang turut dihadiri kementerian, agensi, jabatan, orang perseorangan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan ahli akademik, mencadang dan memohon lebihan peruntukan.

“Kita menganalisa banyak pandangan dan cadangan daripada orang perseorangan dan NGO. Tidak ada satu pun yang minta KWSP kecuali ada satu pertubuhan menyatakan hasrat pengeluaran KSWP dalam surat khabar.

“Sudah 12 siri membabitkan lapan kementerian dan empat negeri, tiada satu pun permohonan pengeluaran KWSP. Berbeza ketika Covid-19, mereka tidak boleh berniaga dan bekerja serta masalah kewangan yang teruk, maka kerajaan pada ketika itu membuat keputusan benarkan pengeluaran KWSP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kayu Ara Pasong di sini hari ini.

Jelas Ahmad, caruman KWSP terutamanya golongan Bumiputera sangat sedikit untuk bekalan hari tua.


Katanya, 44 peratus daripada 7.8 juta pencarum KWSP pendapatan RM2,000 ke bawah sebulan.

“Manakala 81 peratus pencarum mempunyai gaji RM5,000 sebulan. Selain itu, terdapat 5.4 juta pencarum tidak aktif dan 1.2 juta ahli pula hanya mencarum sekali setahun.

“Kerajaan bukan sengaja tidak mahu beri pengeluaran KWSP lagi tetapi kerana caruman yang berbaki terutama kepada Bumiputera terlalu sedikit,” katanya.

Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran simpanan (KWSP) menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

Sebaliknya, kerajaan sedang berusaha mencari mekanisme terbaik membantu rakyat menangani kos sara hidup tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori