Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Haram Jual Beli Emas...

Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.

PNB Jangka Iklim Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Iklim pelaburan pada 2018 berpotensi untuk menjadi lebih baik berbanding...

Biar Anak Terbabit Basikal...

KUALA LUMPUR - Polis menahan enam penjaga selepas disyaki membiarkan anak mereka terbabit...

Pasar Harian Selayang Baharu...

KUALA LUMPUR - Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur dekat sini yang memulakan operasi...

Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemukan Di Pangsapuri

KUALA TERENGGANU : Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu yang masih bertali pusat ditemukan di hadapan sebuah rumah di tingkat bawah sebuah pangsapuri di Kuala Ibai di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Bayi yang masih hidup dan dibungkus dengan kain batik berwarna merah itu diletakkan di bawah bangku itu ditemukan pemilik rumah tersebut yang bekerja di pusat penyelenggaraan kenderaan di sini.

Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, berkata, dia menemukan bayi lelaki itu ketika pulang dari tempat kerjanya pada pukul 6.05 petang.

Menurut beliau, pada awalnya, dia tidak perasan bayi tersebut berada di hadapan rumahnya.

ā€œBagaimanapun, kira-kira lima minit selepas memasuki rumah, saya terdengar bunyi tangisan bayi. Pada mula saya menyangka tangisan itu anak jiran tetapi tangisan bayi itu semakin lama semakin kuat.

ā€œSaya yang tidak sedap hati kemudian keluar dari rumah dan terkejut apabila terdapat bayi lelaki yang memakai lampin pakai dan dibungkus dengan kain batik berwarna merah,ā€ katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Ahmad Fauzi berkata, dia kemudian memaklumkan penemuan bayi tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut.

ā€œBayi tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk pemeriksaan.

ā€œOrang ramai yang mempunyai maklumat tentang penemuan bayi itu diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan,ā€ katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori