Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kajian Kajidata Menunjukkan BN...

KUALA LUMPUR – Satu kajian persepsi rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) pada masa...

FIFA Terbit Panduan Solat,...

MOSCOW - Sekitar tiga bulan lagi menjelang Piala Dunia 2018 membuka tirai secara...

Bomba Selidik, Siasat Kes...

BATU KAWAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan kes Ketua...

Kelayakan Euro 2016: Itali...

MDINA (Malta) - Penyerang Southampton, Graziano Pelle yang meledak gol tunggal kemenangan 1-0...

Bekas Inspektor Jeneral Polis Indonesia Dihukum Mati

JAKARTA: Seorang bekas inspektor jeneral polis Indonesia dihukum mati oleh mahkamah di sini, hari ini, atas kesalahan terbabit pembunuhan terancang pengawal peribadinya, dalam kes yang mendapat perhatian meluas selama berbulan-bulan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ferdy Sambo yang juga bekas Ketua Hal Ehwal Dalaman Polis Indonesia, dijatuhi hukuman itu di hadapan panel tiga hakim selepas menjalani perbicaraan sejak Oktober tahun lalu.

Hakim Wahyu Iman Santoso ketika membacakan penghakiman itu berkata, Sambo terbukti bersalah melakukan jenayah terbabit dalam pembunuhan terancang.

Pendakwa raya telah memohon hukuman penjara seumur hidup ke atas Sambo.

Peguam Sambo, Febri Diansyah bagaimanapun tidak memberi maklum balas kepada permintaan untuk mendapatkan komen, setakat ini.


Sebelum ini, polis dilaporkan berkata, mangsa dikenali sebagai Nopryansyah Yosua Hutabarat, 27, maut dalam insiden tembakan dengan seorang pegawai di kediaman Sambo, di sini, tahun lalu.

Ketika perbicaraan, Sambo mendakwa pembunuhan itu tidak dirancang, dan ia didorong perasaan marah kerana percaya Hutabarat telah merogol isterinya.

Namun, panel hakim menolak dakwaan itu berikutan kekurangan bukti.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori