Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemain Gaduh Di Padang,...

LONDON – Chelsea dan Everton akhirnya hanya didenda oleh Persatuan Bola Sepak England...

Jangan Beli Mercun Dalam...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang...

Johor Bakal Miliki Stadium...

KUALA LUMPUR - Johor akan mempunyai sebuah stadium setaraf Stadium Signal Induna Park...

Setiap Kerajaan Mahukan Tok...

SIAPA masih ingat kisah Dr. Maszlee Malik letak jawatan Menteri Pendidikan pada Januari...

Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf Meninggal Dunia

ISLAMABAD: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, meninggal dunia pada umur 79 tahun di sebuah hospital di Dubai, hari ini, selepas menderitai sakit berpanjangan dan menjalani kehidupan dalam buangan kendiri selama bertahun-tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pihak tentera Pakistan dan perwakilan negara ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan kematian bekas ketua tentera itu yang disingkirkan daripada tampuk pemerintahan pada 2008.

“Saya mengesahkan beliau telah meninggal dunia, pagi tadi,” kata jurucakap Konsulat Pakistan di Dubai dan Kedutaan Pakistan di Abu Dhabi, Shazia Siraj, kepada Reuters.

Perdana Menteri, Shehbaz Sharif; Presiden, Arif Alvi; dan ketua-ketua tentera darat, udara serta laut Pakistan turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Musharraf.

Saluran televisyen tempatan Geo News melaporkan satu penerbangan khas akan berlepas ke Dubai, esok, untuk membawa jenazahnya pulang ke Pakistan bagi urusan pengebumian.


Bekas jeneral empat bintang terbabit yang merampas kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1999, memacu pertumbuhan ekonomi pesat dan dikatakan cuba membawa nilai sosial liberal ke negara Islam ini.

Musharraf memperoleh sokongan kuat selama bertahun-tahun, namun berdepan ancaman terbesar daripada al-Qaeda dan beberapa kumpulan lain yang cuba membunuhnya sekurang-kurang tiga kali.

Bagaimanapun, tindakan Musharraf menggunakan tentera bagi mengekang perbezaan pandangan, dan sokongan berterusan beliau kepada Amerika Syarikat untuk memerangi al-Qaeda serta Taliban Afghanistan, akhirnya membawa kepada kejatuhan pemimpin itu.

Ketika menghadapi kes khianat di Pakistan, beliau dibenar mendapatkan rawatan perubatan di luar negara dan kali terakhir berlepas di Dubai pada 2016.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori