Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Susah Ke Hubungi Saya?”...

KUALA LUMPUR - “Susah sangatkah untuk menghubungi saya?” Itu adalah soalan cepumas yang...

Lepas 11 Tahun, Sasha...

SELEPAS hampir 11 tahun album Kerana Cinta nyanyian Sasha Saidin dihasilkan, kini dia...

Polis Siasat Video Tular...

Kuala Lumpur : Polis menyiasat rakaman video TikTok tular yang memaparkan sekumpulan lelaki...

Memupuk Inovasi Satu Kemestian...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan...

Belanjawan 2023: 130,000 Rakyat Tersusah Dibantu, IPR Tumpu Pengupayaan Golongan Miskin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membantu kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum untuk keluar daripada belenggu kemiskinan melalui langkah lebih menyeluruh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

Katanya, sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR.

“Beberapa pendekatan baharu akan dilaksana untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan lalu bagi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar meraih pendapatan.

“Antaranya, bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak lagi diberikan sekali gus, tetapi secara bulanan dan dipantau sama ada sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.


Tambahnya, aktiviti ekonomi disertai hendaklah yang memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agropertanian dan makanan untuk memastikan permintaan berterusan.

Katanya, program ini menyasarkan untuk peserta meraih pendapatan RM2,000 hingga RM2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperoleh.

“Terkait hal sama, kerajaan kini membayar bantuan kebajikan bernilai RM2.5 bilion kepada lebih 400,000 penerima.

“Bagi menyegerakan data dikemaskinikan dan memastikan tiada lagi yang tercicir daripada menerima bantuan, kerajaan akan melaksanakan pemutihan senarai penerima bantuan bulanan kerajaan antara ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) di bawah satu pangkalan data,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori