KUALA LUMPUR: Semua agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menyiasat salah laku rasuah dan termasuk nama-nama yang terkait dalam Pandora Paper.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, LHDN juga akan terus menyiasat kekayaan luar biasa bagi memerangi jenayah rasuah daripada terus membarah.
Jelasnya, Kerajaan Perpaduan dengan tegas akan melaksanakan reformasi institusi dan tatakelola baik bagi menghapus segala ruang yang boleh mewujudkan amalan rasuah dan penyelewengan yang sistemik.
“Saya mahu buktikan ada seorang anak Melayu yang menggunakan kuasanya menjaga dan berjuang untuk rakyat negara ini. Saya mahu buktikan seorang yang beragama Islam akan dihormati dan dipercayai kerana prinsipnya menegakkan keadilan dan kebenaran.
“Rakyat sudah tidak sabar mahukan perubahan, saya juga tidak sabar untuk lakukan anjakan pembaharuan supaya urusan Kerajaan akan lebih pantas, mudah dan telus,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023.
UtusanOnline-