KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan mahu membentangkan semula Akta Perolehan Kerajaan di Dewan Rakyat yang ditangguhkan sewaktu pentadbiran kerajaan lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah kerajaan bercadang meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pada tahun ini, bagi melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar menuaikan hasil.
Hal ini kerana katanya, selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan apabila ingin memberikan maklumat.
UtusanOnline-