KUALA LUMPUR: Cukai keuntungan modal akan mula dilaksanakan mulai tahun depan membabitkan pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan untuk meneliti perincian pelaksanaannya untuk 2024.
“Selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024.
“Ini juga menyentuh kepentingan golongan kaya dalam kategori saham yang tidak disenaraikan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
BHonline-