KUALA LUMPUR: Peruntukan Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) kepada kerajaan negeri akan ditingkatkan kepada RM150 juta setahun berbanding RM70 juta, tahun lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Agihan EFT kepada negeri-negeri akan mengambil kira pewartaan kawasan perlindungan baharu, termasuk habitat harimau dan mempergiat penanaman semula pokok di kawasan terosot.
Pada masa sama, sejumlah RM38 juta turut disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau, gajah serta habitat hutannya.
Kerajaan akan menambah renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang dengan mengutamakan khidmat komuniti Orang Asli dan veteran tentera dan polis membabitkan peruntukan RM50 juta.
BHonline-