KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion ringgit untuk belanja mengurus, RM99 bilion ringgit bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan, berbanding RM71.6 bilion tahun sebelumnya.
“Peningkatan ini untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, membaik pulih prasarana awam dan kemudahan desa.
“Dengan pembaharuan tatacara perolehan kerajaan, akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023, yang dinamakan Belanjawan Madani.
Beliau berkata, belanjawan itu cerminan prinsip bertanggung jawab dan sistem nilai yang luhur yang mampu mendepani tentangan semasa.
Katanya, ini termasuk tantangan (imbangan) ekonomi global yang tidak menentu.
BHonline-