Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Sedia Beri...

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

3,414 Sembuh, 6 Kematian,...

KUALA LUMPUR - Kes harian Covid-19 menurun hari ini dengan 2,192 kes direkodkan...

Betul Ke Cerita Uqasha?...

INGAT tak lagi tentang isu Uqasha Senrose dan wanita bertudung labuh dekat sebuah...

PM Umum Azhar Sebagai...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Datuk...

Belanjawan 2023: Dianggarkan Lebih 130,000 Wanita Kembali Bekerja Selepas Bersalin Dapat Manfaat Geran PERKESO

KUALA LUMPUR: PERKESO akan meminda aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dianggarkan lebih 130,000 wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran berkenaan membabitkan dana keseluruhan RM290 juta setahun.

Katanya, Kerajaan Perpaduan sensitif akan keperluan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi.

“Majikan perlu memainkan peranan untuk turut bertanggungjawab penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat.

“Kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.


“Jika sambutan daripada majikan kurang menggalakkan, kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan tersebut demi menyokong ibu yang bekerja.

“Pada masa yang sama, kerajaan akan memudah cara proses pendaftaran dan memulakan semula program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara.

“Sejumlah RM15 juta disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membantu para pengusaha,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000 ringgit.

“Bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika KEMAS termasuk 13 projek baharu,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori