PETALING JAYA – Insentif kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2023 semalam, berupaya meringankan beban kewangan kepada mereka yang terkesan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
PTPTN dalam kenyataan berkata, insentif tersebut melibatkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023.
Katanya, perbadanan itu juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan, dengan permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023.
“Inisiatif ini menunjukkan keprihatin kerajaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini sekali gus meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan. Justeru, pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
“PTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif kerajaan yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, peminjam PTPTN boleh mendapatkan sebarang pertanyaan dengan melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungiPTPTN.
Saluran yang boleh dihubungi seperti Careline PTPTN di 03-2193 3000 (beroperasi Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 5 petang), live chat di www.ptptn.gov.my, e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/, Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn atau media sosial rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
-Kosmo Online