Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Beratus Penerbangan Dibatal Taufan...

TOKYO - Sekurang-kurangnya 400 penerbangan dibatalkan akibat hujan lebat dan angin kencang kesan...

Nita Malaysian Idol Bertunang...

INGAT lagikah kepada bintang realiti nyanyian Malaysian Idol ini?Si tinggi lampai yang pernah...

Rating Jatuh Mungkin Punca...

SECARA umum, bagi penduduk Johor atau mereka yang pernah berada di negeri selatan...

Tahap Penglibatan Ibu Bapa...

BENTONG - Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah seluruh negara masih belum...

Belanjawan 2023: Jabatan Pembangunan Kanak-kanak Bakal Diwujudkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual, wanita dan kanak-kanak dengan antaranya, sebuah unit khas di bawah D11 akan ditubuhkan khusus untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang terlibat.

Pada masa sama, kerajaan menyediakan RM8 juta bagi memperkukuh peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai tempat intervensi awal isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.


Dalam pada itu, Anwar mengumumkan Jabatan Bantuan Guaman akan menaikkan had kelayakan mendapatkan bantuan guaman penuh daripada RM30,000 kepada RM50,000.

“Fungsi Jabatan Bantuan Guaman juga akan diperluas 38 meliputi kes-kes sivil dan syariah. Melangkah ke hadapan, Kerajaan akan meniliti ikhtiar untuk menggubal Akta yang khusus bagi menawarkan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah supaya rakyat susah turut mendapat akses kepada keadilan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori