PETALING JAYA – Projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion, Jana Wibawa berjumlah RM7 bilion dan projek lain yang dibuat secara rundingan terus sebelum ini telah dibatalkan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perkara itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen di sini hari ini.
“Setelah sebilangannya ditender semula secara telus, negara dijangka boleh berjimat sekurang-kurangnya sebanyak RM3 bilion. Penjimatan besar seperti ini akan diagih semula untuk dimanfaatkan
melalui projek rakyat yang lain.
“Kerajaan pada 2019 mencadangkan pembentangan Akta Perolehan Kerajaan di Dewan ini, namun telah ditangguhkan sewaktu pentadbiran kerajaan lalu.
“Jadi, Kerajaan Perpaduan bercadang untuk membentangkan akta ini dengan segera. Selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan apabila ingin memberikan maklumat,” ujarnya.
Justeru katanya, kerajaan bercadang untuk meminda dan membentang Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pada tahun ini bagi melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar menuaikan hasil.
Kosmo-