KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan internet yang stabil.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagi mencapai hasrat itu sebanyak RM725 juta disediakan pada tahun ini bagi melaksanakan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian serta memberi manfaat kepada 3,700 sekolah.
Beliau berkata, kerajaan menyasarkan menjelang hujung tahun 2023 sebanyak 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dapat dicapai menerusi inisiatif 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB).
“Pada akhir 2022, DNB sudah mencapai 50 peratus liputan kawasan berpenduduk. Kerajaan Perpaduan kini mengambil pendekatan supaya DNB diuruskan dengan lebih telus dan terangkum supaya mencapai penyertaan penuh oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
“Akhirnya, apa yang mustahak adalah untuk mencapai liputan 5G yang menyeluruh dan pada harga yang berpatutan untuk rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
BHonline-