KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan menyediakan RM2.7 bilion untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan setelah isu kemalangan jalan raya yang kian meningkat juga perlu segera ditangani khususnya jika disebabkan kelemahan prosedur kerajaan menyelesaikan masalah keselamatan jalan raya.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk melaksanakan penyelenggaran kecil, RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4.
Beliau memaklumkan sejumlah RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.
“Bagi isu jalan-jalan berlubang, khidmat Jurutera Daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima. Kerajaan menyediakan RM100 ribu ringgit untuk setiap daerah.
“Sejumlah 50 juta ringgit disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023.
Dalam pada itu, kata Anwar, kerajaan akan meningkatkan pemberian MARRIS yang bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada RM 5.2 bilion ringgit.
“Kerajaan Persekutuan telah memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan MARRIS untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana,” katanya.
UtusanOnline-