Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Tanah Runtuh Di Tapak...

GEORGE TOWN - Kemungkinan berlaku insiden tidak diingini di tapak kejadian tanah runtuh...

Guru SMK Jerlun Terima...

ALOR SETAR: Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kubang Pasu di...

Renjer Maut, Seorang Lagi...

PATTANI – Seorang anggota Renjer maut manakala seorang lagi cedera parah akibat ditembak...

13,873 Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 13,873 orang pada...

Budak 2 Tahun Hilang Ditemukan Selamat Kurang 24 Jam

LUNDU : Perasaan bimbang sepasang suami isteri akan nasib anaknya yang dilaporkan hilang dalam ladang sawit bertukar lega apabila ditemui selamat oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), di sini kurang daripada 24 jam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kanak-kanak tersebut ditemuikan selamat dari jarak 2 kilometer mangsa dilaporkan hilang dan tiada cedera yang teruk pada badan mangsa.

“Pasukan penyelamat telah menemukan kanak-kanak tersebut sekitar jam 1:14 petang tadi dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang kecederaan teruk.

“Operasi SAR tersebut juga dibantu bersama satu unit K9, sejak jam 9 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diperluaskan oleh dua pasukan penyelamat JBPM, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kaedah ‘base line method’ dalam radius 3000m dari lokasi dikenal pasti mangsa hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata seramai 7 anggota pasukan penyelamat memulakan operasi SAR disekitar kawasan ladang kelapa sawit.


Semalam, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika bermain di belakang rumahnya di Kuari Batu Perigi dan dilaporkan kira-kira pukul 4.05 petang.

Mangsa disedari hilang oleh ibunya semasa sedang menunggu ayahnya pulang dari kerja di pondok Kuari Batu Perigi.

Mangsa kali terakhir dilihat oleh ibunya sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari berkenaan. Setelah menyedari mangsa tiada bersebelahan, ibu mangsa terus memanggil serta bergegas mencarinya dengan bantuan suami dan beberapa pekerja lain di sekitar kawasan berkenaan namun masih gagal dijumpai.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kerjasama polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pekerja Kuari Batu Perigi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori