Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mursyidul Am PAS Baru...

Kritikan tersebut disuarakan sendiri oleh AJK PAS setelah Mursyidul Am PAS  yang baru,...

Rashid Tiada Kuasa Tolak...

SHAH ALAM - PAS menegur tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd...

DAP Bukan Pilihan Terbaik...

PERMATANG PAUH - Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat bukan pilihan terbaik untuk mentadbir...

Pakistan Mara Ke Separuh...

KUANTAN - Juara bertahan, Pakistan melengkapkan slot empat pasukan mara ke separuh akhir...

Bumbung Beranda Kuarters Kesihatan Pekan Runtuh

PEKAN: Penghuni sebuah rumah jenis kuarters nyaris maut apabila atap beranda hadapan bangunan berkenaan tiba-tiba runtuh kira-kira pukul 2.58 petang hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, runtuhan tersebut melibatkan sebuah kuarters Jabatan Kesihatan Pekan di sini.

Menurutnya, seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pekan (BBP) segera ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Runtuhan itu menyebabkan dua kenderaan yang diparkir di bawah beranda kuarters mengalami kerosakan.

“Bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Zulfadli berkata, pihak bomba segera membuat pemeriksaan terperinci keadaan kediaman itu bagi memastikan ia benar-benar selamat.

Katanya, kemudiannya kerja-kerja pemindahan dokumen dan barang berharga dilakukan bersama-sama penghuju rumah terbabit.

“Pihak bomba seterusnya menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk membuat siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori