Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Indonesia Haram Unsur LGBT...

JAKARTA - Ketika negara jirannya 'bergelut' tekanan puak Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)...

Kerajaan Didesak Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak...

Pemilik Restoran Akui Silap...

PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah...

Pemilik Bangunan, Rumah Digalak...

SANDAKAN - Pemilik bangunan dan rumah di daerah ini digalakkan untuk mengibarkan Jalur...

Bunuh Pemandu E-Hailing: Enam Pegawai, Anggota Polis Dihadapkan Ke Mahkamah

KOTA KINABALU : Tujuh pegawai dan anggota polis serta satu orang awam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pemandu e-hailing di Tawau akan didakwa di Mahkamah Majistret Tawau hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, kertas siasatan telah lengkap dan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara semalam (7 Februari).

Susulan itu, tujuh pegawai dan anggota serta seorang individu akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki yang berlaku pada 13 Januari lalu yang melibatkan penahanan lapan pegawai dan anggota serta tiga orang awam bagi membantu siasatan kes ini.

“Namun, seramai tujuh suspek akan dituduh hari ini, yang terdiri daripada orang pegawai dan anggota PDRM dan satu orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun yang sama kerana bersubahat.

Pada 30 Januari lalu, seorang wanita, Nurima Juli, 33, yang merupakan isteri mangsa didalwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan dan kesalahan yang sama.

Nurima didakwa terlibat membunuh seorang lelaki dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, yang juga suaminya di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas, Tawau pada 13 Januari lalu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori