Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Makanan Cepat Habis, Rupanya...

Tinggal di sebuah apartment di Kota New York, Joe Cummings berasa aneh apabila...

KPDNKK Kaji Impak Pelaksanaan...

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang membuat...

Kai-Tak Ragut 3 Nyawa,...

MANILA - Sekurang-kurangnya tiga maut dan puluhan ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman apabila...

Vape Sah Diharamkan Di...

BERIKUTAN titah perintah dikeluarkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang...

Dana Dikumpul Dua Majlis Amal Hak Keseluruhan Syed Saddiq – Saksi

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa dana hasil dua majlis amal untuk kempen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah hak keseluruhan Ahli Parlimen Muar itu, tanpa perlu menolak kos penganjuran.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas pegawai khas Syed Saddiq, Mohamed Amshar Aziz, berkata beliau sendiri menguruskan tugasan penganjuran majlis amal ‘Fund-raising Battle’ di De Palma Hotel di Ampang, manakala ‘Makan Amal Muo’ diuruskan dua rakan Syed Saddiq dikenali Hidayah dan Luqman Long di Muar masing-masing pada 8 dan 7 April 2018.

Saksi pembelaan kedua itu berkata, bekas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijemput sebagai tetamu kehormat kedua-dua majlis terbabit.

Setiap sumbangan terhadap majlis itu menerusi pembelian kerusi dan meja berharga antara RM100 hingga RM5,000.

“Rafiq (Bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali) tidak terbabit dan mengambil bahagian dalam penganjuran kedua-dua majlis meraih dana itu. Malah, Rafiq tidak menghadiri kedua-dua majlis berkenaan.

“Sebagai orang yang bertanggungjawab mengurus penganjuran program majlis meraih dana itu, kami adalah orang yang perlu dihubungi oleh penyumbang daripada segi maklumat program dan bukti resit sumbangan.

“Melalui bukti resit sumbangan yang dihantar kepada nombor telefon kami, kami boleh mengetahui berapa ramai yang akan hadir di program majlis meraih dana serta kedudukan meja atau kerusi penyumbang,” katanya ketika membaca pernyataan saksi.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua ARMADA BERSATU didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dana RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 pada 6 Mac 2020.

Anak kelahiran Johor Bahru itu juga didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad di Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya yang dipercayai hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Mohamed Amshar ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, mengesahkan pernyataan saksinya disediakan sejak awal tahun ini, namun baru disiapkan semalam.


Wan Shaharuddin: Siapa sediakan pernyataan saksi?

Mohamed Amshar: Yang taip peguam (peguam bela Syed Saddiq), Haijan (Omar).

Wan Shaharuddin: Awak beritahu dia (Haijan) dalam bahasa Inggeris?

Mohamed Amshar: Saya guna bahasa Melayu dan Inggeris.

Wan Shaharuddin: Pernyataan saksi dalam bahasa Melayu saja?

Mohamed Amshar: Benar.

Wan Shaharuddin: Bermakna bahasa Inggeris diterjemahkan oleh Haijan?

Mohamed Amshar: Benar tetapi saya membaca semula dan memahaminya.

Wan Shaharuddin: Bukan awak taip, betul atau tidak?

Mohamed Amshar: Benar.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori