Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Kencing Atas Bendera...

KETIKA Amerika Syarikat (AS) meraikan Hari Kemerdekaan ke-241 yang turut dikenali sebagai `Fourth...

Pendaftaran Percuma Premis Penginapan...

PUTRAJAYA – Semua pengusaha premis penginapan pelancongan dikecualikan daripada bayaran RM70 ketika mendaftarkan...

KPKT Buka Tender Pembelian...

PASIR PUTEH - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuka tender bagi...

Ahmad Zahid Ketepikan Gesaan...

KUALA TERENGGANU - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau...

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Cadang Kerajaan Benarkan Keluar KWSP Bersasar

KUALA LUMPUR – Kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar masih menjadi topik dicadangkan oleh Ahli-Ahli Parlimen yang bersidang di Dewan Rakyat hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menyuarakan cadangan sama seperti sidang Dewan Rakyat semalam, malah ia turut disokong Syahir Sulaiman (PN-Bachok) dan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor).

Ismail Sabri memohon kerajaan mempertimbangkan kebenaran bagi pengeluaran KWSP bersasar kepada mereka yang layak berdasarkan syarat-syarat ditetapkan.

“Apabila sebut cadangan pengeluaran bersasar, bermakna yang layaklah. Tak layak tak payah bagi, yang layak dan syarat itu ditentukan oleh kerajaan. Kerajaan punya kuasa meletakkan (syarat).

“Kalau kategori masih bekerja, sebagai contoh potongan KWSP setiap bulan akan diteruskan. Maknanya bukan kosong KWSP kalau benarkan pengeluaran, jadi saya harap kerajaan pertimbangkan kepada yang layak,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Syahir berkata, beliau bersetuju pandangan Ismail Sabri untuk memfokuskan kepada pengeluaran KWSP bersasar dan mereka yang mampu.


“Jadi impak sangat besar kepada pemulihan ekonomi. Secara ‘indirectly’ dapat bantu pemulihan ekonomi dan golongan rentan yang tiba-tiba jatuh miskin. Asalnya M40 tapi jatuh sakit, hilang pekerjaan dan hilang upaya sebagainya,” katanya.

Dzulkefly juga bersetuju dengan cadangan tersebut sekali gus berharap ia dipertimbangkan secara serius.

“Sementara saya memahami, kita tidak harus mengorbankan simpanan usia tua. Tapi Kuala Selangor juga ingin sambut apa yang dicadangkan Bera dan kawan-kawan lain untuk memberikan syarat setinggi yang ketat kepada mereka yang layak dan bersasar.

“Tergantung khas kepada mereka jatuh miskin atau B40 daripada M40. Inilah waktu mereka dibantu kalau tidak ada cara lain kerajaan boleh bantu. Paling tidak perkara ini perlu pertimbangan serius kepada mereka yang layak,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori