Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

TI-M Kaji Semula Hukuman...

SHAH ALAM - Transparency International Malaysia (TI-M) mencadangkan supaya hukuman penjara minimum sehari...

Bekas Pegawai Khas Najib...

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu...

Neelofa: Gunakan Telefon Bimbit...

SUSULAN video viral mengenai seorang peserta Dewi Remaja yang tidak mengetahui pelaksanaan Cukai...

Abai Anak: Suami Isteri...

JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada kepada tiga kanak-kanak yang diselamatkan Jabatan Kebajikan...

Dr Halimah Mohon Maaf Isu Menu Rahmah

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali, memohon maaf susulan kenyataannya berhubung Menu Rahmah, didakwa mengelirukan Dewan Rakyat, kira-kira dua minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dr Halimah yang juga Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN), itu bagaimanapun ‘mencuit’ Dewan Rakyat apabila membuat permohonan maaf terbabit dalam bentuk gurindam, selepas menyatakan ucapannya itu disalah erti.

“Jikalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, andai ada ucapan disalah erti, saya menyusun 10 jari, niat di hati suara rakyat saya juarai semak imbang Kerajaan MADANI, biar integriti, bukankah itu peranan hakiki.

“Selaku wakil rakyat suara rakyat yang diwakili sudi kiranya rujuk penyata rasmi mukasurat 134 hingga 137 pada 14 Februari,” katanya di Dewan Rakyat, di sini.


Minggu lalu, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) membuat permohonan mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), susulan kenyataan yang dibuat Dr Halimah ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja kerana didakwa mengaitkan Menu Rahmah dengan beberapa penyakit terutamanya kanser, autoimmune (diseases) dan autisme.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata permohonan maaf itu dibuat Dr Halimah, selepas persetujuan bersama dicapai sebelum ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori