KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi elaun khas kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamar (SAR) bencana gempa bumi di Turkiye.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif tersebut diumumkan sebagai menghargai penat lelah dan pengorbanan anggota SAR daripada pelbagai agensi.
“Kerajaan akan turut memberikan Surat Penghargaan dan Pingat Khidmat kepada anggota yang terlibat,” kata beliau di Dewan Rakyat sebentar tadi.
-Kosmo Online