Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Eksesais Aman Youyi 2018...

PORT DICKSON - Eksesais Aman Youyi 2018 mencapai objektif yang diharapkan dengan melihat...

Seorang Maut, 2 Cedera...

KUCHING - Seorang lelaki maut dan dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah...

KPPPTNB Persoal Notis Pemberhentian...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja Tenaga Nasional Berhad (KPPPTNB) meminta penjelasan kerajaan...

Tular Kit Siang ‘Disekolahkan’...

MALU... Mungkin kerana kenyataan 'bodoh' beliau yang dakwa konon Orang Asli belum diberi...

Empat Premis Perniagaan Kotor Diarah Tutup

KLANG – Pengabaian kebersihan masih dikesan di kalangan para peniaga sekitar daerah ini dengan empat premis diarah tutup serta-merta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata, berdasarkan operasi kebersihan premis makanan dilaksanakan pihaknya kelmarin mendapati terdapat tujuh kesalahan dikesan termasuk kekotoran di bahagian dapur, peti sejuk dan tandas selain membuang sisa makanan ke dalam longkang.

Katanya, MPK turut mengesan ada premis yang berniaga tanpa lesen sah selain tiada suntikan anti demam kepialu dan ketiadaan perangkap minyak.

“Sebanyak 20 premis diperiksa di sekitar Bukit Tinggi dan Klang Utara dengan empat daripadanya diarahkan tutup selama 14 hari kerana kesalahan di bawah Undang-undang Kecil 62 (1) b Establismen Makanan MPK 2007.


“Malah, 15 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pengabaian kebersihan di kalangan para peniaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MPK menjelaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan kebersihan kerana ia melibatkan nyawa orang ramai dan pengusaha premis perlu peka dengan kebersihan kedai mereka.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori