Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kepantasan Pemain Indonesia Ini...

KEPANTASAN pemain bola sepak divisyen pertama Liga Indonesia ini yang memecut laju sebelum...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit menongkah arus serantau untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS...

Covid-19: 5,624 Kes Baharu...

Putrajaya : Kes positif harian Covid-19 di negara ini terus stabil apabila sebanyak...

Pengerusi Bersatu Johor Ganggu...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang didakwa...

Empat Sahabat Diperintah Bela Diri Dakwaan Rogol Budak 12 Tahun

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan empat sahabat membela diri terhadap pertuduhan merogol secara berkumpulan budak perempuan berusia 12 tahun, tiga tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu terhadap Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 24, Muhammad Ghardafi Abdullah, 23, Ahmad Syah Herfudin Omar, 26, dan seorang lagi tertuduh berusia 20 tahun selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama merogol mangsa secara berkumpulan di ladang sawit di Ketengah Jaya, Dungun antara jam 9 malam hingga 11 malam pada 29 September 2020.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah seterusnya menetapkan 7 Mei depan sebagai tarikh bicara kes di peringkat pembelaan.

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh berusia 19 tahun dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Wan Syahrizal Wan Ladin, Nik Ismail Nik Lah dan Masliela Ismail.

Media sebelum ini melaporkan lima lelaki ditahan kerana disyaki merogol murid Tahun Enam.

Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa ditahan dua suspek dengan seorang daripadanya dikenali dan kemudian mengajaknya ke ladang sawit sebelum dirogol.

Tiga lagi suspek yang tiba di lokasi kejadian turut merogol mangsa.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori