Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Antivaksin Undang Penyakit Mudah...

BATU PAHAT - Tindakan segelintir ibu bapa yang enggan mengambil vaksin untuk anak-anak...

21,839 Kes Baharu Covid-19

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 21,839 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes...

Pelajar Luah Catatan Terakhir...

KUALA NERUS - 'Ada perkara yang mengejutkan akan berlaku'. Demikian luahan salah seorang...

LGE Tuduh Dulu Siasat...

1. SEMALAM Lim Guan Eng umum, siasatan dalaman mengenai duit refund GST RM19.4...

Enam Negeri Sepakat Bubar DUN Jun Ini

SHAH ALAM: Enam negeri, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu sepakat bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan enam mata antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Seri Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (Kedah), Datuk Ahmad Yakob (Kelantan), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Amirudin berkata, kesemua pemimpin negeri itu sepakat untuk membubarkan dun dalam dua minggu terakhir Jun dalam pertemuan tersebut sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, hari ini.

“Alhamdulillah kami berenam mengambil kesempatan minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja yang bersidang dua hari ini.

“Secara ringkas kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Terdahulu, keenam-enam negeri itu tidak mengadakan PRN serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November tahun lalu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Dalam pada itu, Amirudin menambah, persefahaman tersebut sudah pasti akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama negeri masing-masing.

“Semoga persefahaman ini dapat mempermudahkan usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, insya Allah,” ujarnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori