Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir Berterusan Sehingga...

KUALA LUMPUR - Ribut petir yang berlaku di perairan Terengganu, Pahang, serta Bahagian...

5 Anggota Polis Antara...

GEORGE TOWN - Polis telah merakam keterangan 15 individu termasuk lima anggota polis...

Saya Mohon Maaf Bagi...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengungkapkan permohonan maaf mewakili Kementerian...

Pasaran Saham Global Menjunam...

SINGAPURA - Pasaran saham global menjunam pada Jumaat, sekali gus mengakhiri prestasi baik...

FRU Sita 8,000 Liter Diesel

ALOR SETAR: Sebanyak 8,000 liter minyak diesel disita hasil operasi dijalankan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dua warganegara Myanmar turut ditahan di lokasi tersebut sebelum kes tersebut diserahkan kepada pihaknya kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Diesel yang disita itu dianggarkan bernilai RM17,200. Selain itu dua ‘skidtank’ dan beberapa peralatan pemindahan minyak yang dipercayai digunakan bagi tujuan penyelewengan diesel turut dirampas.

“Nilai rampasan keseluruhan mencecah RM124,200. Dua individu ditahan itu pula berumur 30-an dan 40-an,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Affendi berkata, soal siasat awal dijalankan terhadap kedua-dua suspek mendapati premis itu tidak memiliki sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk menguruskan diesel tersebut.

“Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori