Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Johor Temui...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Johor telah mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah...

NGO Desak Selcat Siasat...

SHAH ALAM - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Jawatankuasa Pilihan...

SJKT Subramaniya Barathee Beroperasi...

GEORGETOWN - Projek pembinaan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Subramaniya Barathee...

KPDNHEP Teluk Intan Pantau...

TELUK INTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau...

Gempa Bumi: Tentera Austria, Pertubuhan Gantung Sementara Operasi Menyelamat

VIENNA: Tentera Austria menggantung operasi menyelamat di Turkiye kerana risiko keselamatan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Terdapat serangan yang semakin meningkat antara puak di Turkiye,” kata seorang pegawai Angkatan Bersenjata Austria, Leftenan Kolonel Pierre Kugelweis semalam sebagai mengulas terdapat laporan mengenai kejadian tembakan.

Sebanyak 82 anggota tentera dan unit bantuan bencana berada di wilayah Hatay, Turkiye sejak Selasa lalu.

Jelasnya, mereka kekal berada di lokasi itu dan bersiap siaga untuk meneruskan misi apabila situasi bertambahbaik.

“Tiada serangan terhadap warga Austria. Kami semuanya dalam keadaan baik.

“Kami mahu terus membantu tetapi bergantung pada keadaan semasa,” katanya.

Di Berlin, Agensi Persekutuan Jerman untuk Bantuan Teknikal (THW) dan pertubuhan bantuan ISAR Jerman turut mengumumkan mereka menggantung kerja menyelamat di wilayah Hatay yang dilanda gempa bumi kuat, kerana kebimbangan keselamatan.

Dalam tempoh beberapa jam lalu, situasi keselamatan di selatan wilayah Hatay bertambah buruk, maklum pertubuhan itu semalam.


Pasukan mencari dan menyelamat kekal di kem pangkalan bersama di bandar Kirikhan buat masa ini.

Sekiranya terdapat petunjuk mangsa boleh diselamatkan dalam keadaan masih hidup di bawah timbunan sisa konkrit.

Jurucakap THW, Katharina Garrecht, berkata pasukan terbabit komited untuk meneruskan operasi di tempat kejadian.

THW dan ISAR mendakwa situasi tegang di wilayah berkenaan antara lain berkemungkinan berkisar isu kekurangan makanan dan bekalan air yang bermasalah di kawasan dilanda gempa.

Pengarah Operasi ISAR, Steven Bayer, berkata kesedihan secara berlahan-lahan bertukar menjadi kemarahan.

Sementara itu, jurucakap ibu pejabat THW di Bonn, Tamara Schwarz, berkata walaupun situasi huru-hara namun perlu menitikberatkan keselamatan sukarelawan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori