Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ketua BERSATU Teluk Intan...

TELUK INTAN - Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Teluk Intan dihadapkan...

Penjawat Awam S’wak Digesa...

SIBU - Penjawat awam Sarawak, khususnya di Sibu, digesa meneruskan perjuangan Allahyarham Tan...

Najib Diminta Hadir Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir...

Ibu Berdebar Saksi Jun...

IPOH – “Jantung saya sentiasa berdebar-debar sepanjang menyaksikan acara itu berlangsung,” demikian kata...

Google Berhentikan Ratusan Pekerja Di Singapura

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 190 pekerja yang bekerja di ibu pejabat Google Asia-Pasifik dipercayai ditamatkan perkhidmatan pada Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Portal Channel News Asia (CNA) yang memetik tiga sumber melaporkan jumlah itu menyumbang kira-kira 5.5 hingga enam peratus daripada tenaga kerja Google di Singapura.

Seorang sumber mendakwa seorang pekerja yang terjejas memaklumkan amat sukar untuk mengesahkan angka yang tepat.

“Malah, sukar untuk mengetahui siapa yang terjejas. Ramai sedang cuba mendapatkan maklumat daripada individu lain,” katanya.

Dua sumber lain ialah pekerja semasa dan Christopher Fong yang merupakan Pengasas Komuniti Xoogler untuk bekas pekerja Google.

Menurut Christopher, pemberhentian kerja itu melibatkan pekerja daripada pelbagai jabatan termasuk jualan, Google Cloud, Google Pay, perekrutan, kewangan dan undang-undang.


Katanya, Xoogler mengadakan perjumpaan semalam bagi mereka yang terjejas akibat pemberhentian kerja itu dan didapati kira-kira 50 individu di Singapura mendaftarnya.

Jelas beliau, beberapa individu dijangka diberhentikan hanya kerana pasukan rakan sejawat mereka di cawangan negara lain terjejas.

Sementara itu, jurucakap Google berkata, pihaknya tidak dapat berkongsi bilangan pekerja di Singapura yang terjejas dengan pemberhentian kerja itu.

Namun, jurucakap itu mengesahkan kumpulan pekerja berkenaan merupakan sebahagian daripada pemberhentian kerja yang diumumkan oleh syarikat induk Google Alphabet.

Bulan lalu, Alphabet memaklumkan pihaknya akan memberhentikan 12,000 pekerja iaitu kira-kira enam peratus daripada tenaga kerjanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori