Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KL2017 Tinggalkan Legasi Utuh...

KUALA LUMPUR - Sukan SEA Ke-29 akan tercatat dalam sejarah sukan Malaysia sebagai...

“Ayah ‘Ketegaq’ Nak Berniaga,...

PETALING JAYA - Video yang tular di laman sosial menunjukkan seorang warga emas...

Gempar.. ‘Pocong’ Muncul Dekat...

INGAT lagi tak, beberapa hari lalu kecoh perihal penemuan lembaga berupa 'pocong' di simpang...

Hasil Bedah Siasat, Muhammad...

HASIL bedah siasat mendapati kematian remaja orang kurang upaya (OKU) Allahyarham Muhammad Firdaus...

Hampir 3,400 Pegawai Perubatan Kontrak Berhenti Sejak 2017

KUALA LUMPUR: Hampir 3,400 daripada keseluruhan 29,548 pegawai perubatan kontrak meletakkan jawatan dalam tempoh enam tahun sejak 2017, antaranya disebabkan tekanan mental dan berhijrah ke luar negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata tahun lalu sahaja, seramai 1,354 doktor kontrak atau 4.58 peratus daripada keseluruhan 29,548 membuat keputusan terbabit.

“Dalam tempoh 2017 hingga 2022, seramai 3,386 daripada 29,548 pegawai perubatan lantikan kontrak sudah meletak iaitu secara purata adalah 1.91 peratus setahun.

“Antara sebabnya ialah mereka memilih berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun yang mungkin menawarkan gaji yang lebih menarik, membuka klinik sendiri dan melanjutkan pelajaran.

“Selain itu, ada yang berhijrah ke luar negara, sebab peribadi atau masalah kesihatan termasuklah tekanan mental,” katanya pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Dr Zaliha berkata, seramai 76,381 petugas kesihatan daripada beberapa pelbagai perkhidmatan menjalani saringan kesihatan mental pada tahun lalu menggunakan instrumen Ujian Saringan Kesihatan Mental (DASS).

Beliau berkata, seramai 2,558 atau 3.35 peratus daripada mereka mengalami gejala stres, 3,475 (4.55 peratus) alami keresahan dan 2,123 (2.78 peratus) mengalami gejala kemurungan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum bahawa mana-mana pekerja yang bekerja dalam tempoh masa yang panjang boleh mempengaruhi masalah kesihatan mental mereka.


“Masalah kesihatan mental boleh berpunca daripada pelbagai faktor psikososial termasuklah kegagalan dalam mencapai keseimbangan kehidupan dan pekerjaan,” katanya.

Sehubungan itu KKM menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan

(HWCITF) pada Mei lalu.

Katanya, skop dan terma HWCITF ini merangkumi penelitian terhadap aspek budaya kerja serta pengurusan sumber manusia kesihatan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan profesional serta meneliti waktu bekerja seseorang petugas kesihatan.

Mengenai isu doktor duka lara, Dr Zaliha berkata, sebanyak 1,014 permohonan pertukaran membabitkan doktor kontrak diterima sepanjang tahun lalu dengan 673 daripadanya diluluskan KKM.

“Bagi menangani isu duka lara doktor kontrak yang bertugas jauh daripada pasangan, KKM berusaha meneliti permohonan pertukaran pegawai berkenaan.

“Oleh yang demikian, urusan penempatan dan pertukaran petugas kesihatan dilaksanakan dengan kekerapan empat kali atau lebih dalam setahun,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori