Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Negeri Sembilan Sumbang Lebih...

Seremban : Kerajaan negeri menyumbang RM527,640 kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi...

Kursus Di UA Yang...

KANGAR – Kursus pengajian yang ditawarkan universiti awam (UA) yang tidak lagi relevan...

Jangkitan COVID-19 Catat Paras...

PUTRAJAYA - Jangkitan COVID-19 terus meningkat dengan mencecah paras tertinggi baharu apabila sebanyak...

‘Derma Politik’ Bukan Untuk...

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah...

Hanis Terima Hukuman Dengan Hati Terbuka

PETALING JAYA : Hanis Nadiah Onn menerima hukuman yang dikenakan terhadapnya dengan hati terbuka dan enggan kontroversi yang melanda dirinya menjejaskan tumpuan terhadap kempen Liga Hoki Wanita Malaysia (MHL) 2023 yang sedang berlangsung.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semalam, Hanis, 27, digantung daripada mewakili Malaysia dalam sebarang kejohanan, termasuk Sukan SEA di Kemboja, Mei ini gara-gara komen berbaur perkauman mengenai konsert penyanyi serta komposer legenda India, AR Rahman.

“Sebagai atlet profesional, saya akan ketepikan (masalah ini), dan saya komited dengan kelab saya kerana kelab menjaga kesejahteraan saya. Saya juga menghormati kelab dan MHC (Konfederasi Hoki Malaysia).

“Sekiranya saya beraksi dengan baik dalam liga dan persatuan memberi peluang sekali lagi (mewakili negara), saya akan buktikan bahawa saya masih relevan sebagai wakil negara.


“Saya terima (hukuman) dengan hati terbuka. Segala masalah saya akan letak tepi kerana mahu merebut tiga gelaran. Setakat ini sudah dapat satu,” katanya selepas membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Sumbangsih buat julung kalinya dengan menewaskan KPT-Uniten Thunder 2-1 menerusi penentuan penalti malam tadi.

Pemain kelahiran Johor itu didapati bersalah oleh Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan MHC gara-gara komen yang dibuat mengenai konsert pada 28 Januari itu biarpun sudah meminta maaf secara terbuka.

Hanis yang bermain di posisi serangan mula mewakili pasukan kebangsaan pada tahun 2014 dan sudah meledak 36 gol dalam 84 penampilan di peringkat antarabangsa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori