Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tanya Pasal Seksualiti, Tom...

PELAKON Hollywood, Tom Hardy ternyata bijak menepis soalan daripada pihak media yang boleh...

Pemilik Tanah Bertanggungjawab Kambus...

KUANTAN - Tanggungjawab untuk mengambus semula lokasi lombong bauksit terbiar perlu digalas oleh...

2 Maut Bertembung Lori...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dan seorang wanita maut apabila kereta yang dinaiki...

Najib Umum 6 Insentif...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam...

Hasni Tawar Diri Tanding Naib Presiden

JOHOR BAHRU – Bekas Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, pada pemilihan parti 2023.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan tersebut selepas Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor.

“Saya menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO kerana itulah jawatan yang boleh dipertandingkan pada waktu ini.

“Saya percaya ramai tokoh lain termasuk penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan pertahan dan bertanding jawatan itu.

“Saya menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan kerana masih mahu menyumbang usaha dan tenaga bagi memantapkan parti itu,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor, di Pejabat UMNO negeri pada Sabtu.

Pada 27 Januari lalu, Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi UMNO Johor oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, selepas menjawat jawatan itu selama lima tahun.

Jawatan tersebut seterusnya diganti Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Pada Jumaat, Mohamed Khaled dilaporkan mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.

Pemilihan UMNO 2023 diadakan bermula pada 1 Februari lalu hingga 18 Mac ini, manakala Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan diadakan pada 1 hingga 26 Februari ini.

Sementara mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.

Ditanya mengenai sekurang-kurangnya 10 pemimpin dijangka menawarkan diri mempertahan dan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, Hasni menjelaskan ia membuktikan UMNO masih menjadi pilihan pemimpin.

“Dikatakan ada 10 penjuru pertandingan jawatan Naib Presiden membuktikan walau apa jua dikata orang terhadap UMNO termasuk ditolak masyarakat dan tidak relevan, namun ia terus jadi pilihan.

“Walau apa jua dikata terhadap UMNO, saya masih yakin parti mampu bangkit dan jadi wadah perjuangan pada agama, masyarakat dan negara,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori