Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kingpin Diberkas, Polis Rampas...

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai...

Nenek Kencing Seluar Diberi...

LONDON - Seorang nenek berusia 87 tahun terpaksa menahan malu dan duduk dalam...

Delegasi CGF Lawat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Tiga anggota Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya,...

Ini Lawak.. KJ Dirakam...

MENTERI Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin merupakan antara ahli politik yang sangat aktif...

Inisiatif Menu Rahmah Perlu Segera Diperluaskan Ke IPT

Kuala Lumpur : Rata-rata mahasiswa dan pengusaha kafeteria bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan Tinggi mengenai pelaksanaan Menu Rahmah di setiap institusi pengajian tinggi (IPT).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hasil tinjauan di Putra Food Court (PFC), Universiti Putra Malaysia, mendapati ramai yang menyokong cadangan berkenaan dan perlu dilaksanakan dengan kadar segera.

Pelajar Tahun Akhir Jurusan Perakaunan, Nurul Hanisah Abu Muhsen, 22, berkata, inisiatif ini mampu meringankan beban mahasiswa kerana ada yang terpaksa mengikat perut berikutan masalah kewangan.

“Jadi cadangan ini memang wajar dilaksanakan dalam kadar segera supaya dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian mahasiswa,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Ketua Penerangan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Asfa Irfan Mohamed Razi berkata, inisiatif ini patut dipuji dan wajar untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Program ini perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi membantu mahasiswa daripada mencatu wang poket sepanjang tempoh pengajian,” katanya.


Dalam pada itu, Pengusaha Kiosk PFC, Mohd Ridhwan Yunus, 48, berpendapat menu yang disediakan dalam program Menu Rahmah perlu dipelbagaikan.

“Sebelum ini, Menu keluarga Malaysia cuma ada dua hingga tiga pilihan sahaja di setiap kiosk. Jadi, saya cadangkan untuk program kali ini ada lima hingga enam pilihan menu di setiap kiosk.

“Harga akan ditetapkan mengikut cadangan asal program iaitu RM5 atau lebih murah tetapi ia bergantung kepada kos bahan mentah juga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Program Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 akan diperluaskan ke IPT dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled dilaporkan berkata, ia akan dilaksanakan kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori