Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

5 Rumah, Kilang Ikan...

LABUAN - Tujuh belas keluarga hilang tempat tinggal setelah lima buah rumah dan...

Mahkamah Anak Negeri Masih...

KUDAT - Kewujudan Mahkamah Anak Negeri masih relevan dalam usaha menjaga perpaduan, identiti...

AMK PKR Enggan Tarik...

TENTU ramai masih ingat lagi mengenai doa laknat yang dibacakan langsung oleh pemimpin...

Perdana Menteri Batalkan Umrah...

HULU LANGAT : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terpaksa membatalkan ibadah...

Insiden Kren Tumbang Mekah: Kumpulan Saudi Binladin Didenda RM 23.49 Juta

DUBAI: Mahkamah di Mekah mengenakan denda sebanyak 20 juta riyal (RM23.49 juta) ke atas Kumpulan Saudi Binladin dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap tujuh individu berhubung insiden kren tumbang di Masjidil Haram pada 2015.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Akhbar Okaz melaporkan syarikat itu didenda 20 juta riyal atau kira-kira AS$5.3 juta atas kecuaian dan pelanggaran beberapa peraturan keselamatan.

Jelas laporan itu, tiga defendan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan didenda 30,000 riyal (RM35,211) manakala empat lagi dihukum penjara tiga bulan dan denda 15,000 riyal (RM17,605).

Laporan akhbar itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama mahupun kerakyatan defenden berkenaan.

Mahkamah juga memutuskan syarikat itu tidak perlu membayar wang pampasan kepada keluarga mangsa yang terbunuh.

Sehingga kini, Kumpulan Saudi BinLadin masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.


Syarikat itu mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Saudi selama beberapa dekad dan menjalankan projek pembinaan utama.

Tragedi kren tumbang pada 2015 itu menjadi insiden yang cukup memalukan bagi keluarga diraja Saudi, berikutan peranan mereka sebagai penjaga tapak paling suci bagi umat Islam.

Lebih 100 orang terbunuh dalam insiden kren kren tumbang di Masjidil Haram di Mekah pada 11 September 2015.

Kren seberat 1,350 tan itu tumbang di Masjidil Haram, sebelum serpihan konkrit menimpa jemaah haji yang berada di sekitar kawasan itu.

Kurang dua minggu selepas insiden kren tumbang, lebih 2,400 jemaah lagi terbunuh akibat rempuhan dalam kalangan jemaah haji .

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori