Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Drama Korea Cetus Fenomena,...

KALAU ditanya kepada peminat drama Korea di negara ini apakah drama pertama pernah...

PAS Sertai Misi ‘Food...

KUALA LUMPUR - PAS akan menghantar delegasi untuk menyertai misi 'Food Flotilla For...

Ibu Bapa Jangan Ambil...

KOTA BHARU - Ibu bapa diminta tidak mengambil mudah terhadap ancaman kegiatan militan...

Kepingan Kaca Dibawa Lori...

SEREMBAN - Kepingan kaca yang dibawa sebuah lori treler jatuh atas jalan berhampiran...

IPTS Disaran Turut Sediakan Menu Rahmah

JOHOR BAHRU : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan supaya semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) turut terlibat menjayakan usaha kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah di universiti masing-masing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu bagi membantu meringankan beban kumpulan sasar termasuk para penuntut daripada keluarga B40.

“Kita berharap perkara yang baik (memperkenalkan Menu Rahmah) dapat dilaksanakan di IPTS.

“Apabila program ini diperkenalkan, kementerian menyambut baik kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memperluaskan program tersebut,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.


Jumaat lalu, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, kementerian akan melaksanakan program Menu Rahmah di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam masa terdekat dan bekerjasama dengan KPDN dalam melaksanakan program berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, pihaknya akan memastikan semua universiti awam melaksanakan program Menu Rahmah itu.

“Setiap universiti awam perlu menyediakan ruang untuk melaksanakan program tersebut yang mendapat kerjasama KPDN ini,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori