Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Najib Ketuai Delegasi Ke...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia...

“Doakan Yang Baik-Baik Saja”...

SELEPAS genap seminggu mendiamkan diri, pelakon Natasha Hudson akhirnya tampil mengesahkan perkahwinannya dengan...

Patung Seks Jadi Penghalau...

BEIJING - Petani di Chengdu, China mempunyai cara unik tersendiri untuk menghalau serangga...

14 Daripada 31 Calon...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan parti yang dipimpinnya sebuah...

Isu Kekurangan Telur: Tambah Tenaga Kerja Tingkatkan Pengeluaran Menjelang Ramadan

SEREMBAN : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di peringkat pengusaha telur yang dilihat menjadi satu daripada punca kekurangan bekalan bahan makanan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata keadaan semakin meruncing apabila permintaan telur dijangka meningkat menjelang Ramadan.

“Kita akan cuba melihat daripada aspek pengeluaran… supaya yang menternak telur (pengeluar) ini melipat gandakan keluaran mereka.

“Kalau mereka tak cukup pekerja sekarang, kita cuba memberi laluan mudah, cara mudah untuk mereka menambahkan pekerja sebab masalah utama mereka selain daripada masalah harga makanan dan sebagainya ialah kekurangan pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus menghadiri Persidangan Antarabangsa Palestin Kuala Lumpur (ICPKL) 2023, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia bagi menambah pekerja asing di sektor berkenaan termasuk sektor lain.


“Kita sedang mengatasinya, Insya-Allah. Memanglah menjelang Ramadan penggunaan telur dan bahan bahan yang lain akan meningkat sebab itu kita kena bincang dengan pihak pengusaha supaya melipat gandakan pengeluaran daripada sekarang. Itu yang kita harapkanlah,” katanya.

Ditanya mengenai pembaziran makanan ketika Ramadan, Mohamad berkata, kempen bagi memberi kesedaran kepada orang awam termasuk pihak hotel yang menyediakan menu berbuka puasa harus diteruskan.

“Kempen ini kena berterusan di hotel-hotel dan di mana- mana tempat pembaziran makanan itu.

“Sekarang kita pula memperkenalkan Menu Rahmah supaya orang yang berpendapatan rendah dan golongan B40 dapat juga menikmati makanan secara berkualiti pada setiap hari.

“Kita harap pihak hotel juga akan terbabit dalam hal ini, panggillah apa-apa pun (kempen), tetapi jangan ada pembaziran yang banyak,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori