Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AIM21: Vokal Terbaik Milik...

Kembali memasuki pencalonan nyata membuahkan hasil buat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti...

“Almarhum Pemimpin Hebat Tawan...

KUALA LUMPUR - Kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah meninggalkan kenangan...

Obama Kecam Pelampau Pancung...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengecam tindakan anggota Negara Islam (IS) memenggal kepala...

Daftar Facebook Dengan SKMM...

KUALA LUMPUR - Cadangan pendaftaran pengguna laman sosial Facebook dengan Suruhanjaya Komunikasi dan...

Isu Laporan Dakwa Penjawat Awam Bakal Dibuang: Pengurusan Awesome TV Hadir Ke SKMM

CYBERJAYA : Pengurusan saluran televisyen swasta Awesome TV hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini, dipercayai berhubung isu laporan mendakwa kerajaan akan membuang lebih 800,000 penjawat awam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka dilihat memasuki bangunan SKMM kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan keluar 30 minit kemudian, namun enggan memberi sebarang kenyataan apabila ditanya pemberita mengenai kehadiran ke suruhanjaya itu.

Seorang wakil itu bagaimanapun memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Terdahulu pada sidang Dewan Rakyat, pagi tadi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata saluran televisyen itu yang disiarkan menerusi MYTV dan ASTRO, didapati menerbitkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah terhadap kerajaan sekarang.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua agensi media untuk menerbitkan kandungan secara bertanggungjawab dan beretika serta mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan.

Fahmi berkata demikian dalam sesi jawab lisan ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) sama ada kerajaan berhasrat melarang pemberitaan yang memetik sumber, dalam kalangan agensi media di Malaysia.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori