Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BN Yakin Kekal Perintah...

KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin akan memenangi pilihan raya umum...

Kerajaan Kaji Sistem Harga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan sistem harga dua peringkat bagi...

Kumpulan Serah Memorandum Sokong...

GEORGE TOWN - Sekumpulan 30 orang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan...

Gerai Mi Tonggek ‘Ulat’...

PETALING JAYA – Sebuah gerai menjual mi tonggek di bazar Ramadan Putrajaya diarahkan...

Jangan Anggap Pengambilan Pekerja Asing Fenomena Tetap – Anwar

KUALA LUMPUR – Majikan diminta untuk menggunakan kaedah mekanisasi bagi mengurangkan pengambilan pekerja asing di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana, pengambilan pekerja asing bukanlah satu fenomena tetap yang akan dilakukan kerajaan.

“Harus ada langkah-langkah seperti yang saya sebut, ada syarikat di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menggunakan mekanisasi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MyFutureJobs 2023 yang diadakan di sini pada Sabtu.

Menurut Anwar, apabila majikan melaksanakan mekanisasi, ia akan menarik minat warga tempatan untuk bekerja.


“Dan mereka akan menerima gaji yang tinggi kerana insentif mekanikal yang dilakukan majikan,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan juga akan memberikan insentif tambahan jika perlu sekiranya terdapat usaha majikan ke arah itu.

“Ini untuk meminta majikan membuat penyesuaian dan pekerja tempatan senang diterima dengan gaji yang lebih tinggi,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori