AMPANG JAYA: Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini, Sabtu lalu ditemui petang ini di sebalik timbunan sampah.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Mangsa kedua dalam kejadian itu, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun, ditemui pada jam 5.10 petang dan usaha membawanya keluar sedang dijalankan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mayat kedua mangsa hanyut itu sudah ditemui petang ini dan sedang dalam pross membawa keluarnya.
“Mangsa ditemui lebih kurang 400 meter dalam timbunan sampah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Media Sabtu lalu melaporkan dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini,
Seorang lagi mangsa, Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun ditemui jam 6.30 petang semalam pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.
BHonline-