Kota Kinabalu : Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing, di sini, pagi ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap 14 ke beranda di tingkat lima bangunan hotel berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada 7.54 pagi,” katanya.
-Harian Metro