Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Krisis Politik Kedah: Mukhriz...

JERLUN - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima...

Gambar: Kucing Comel Muka...

HAIWAN peliharaan yang popular di laman sosial Instagram sememangnya menjadi trend pada masa...

Suami Dan Isteri Orang...

PASIR GUDANG - Seorang suami dan isteri orang dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh...

New York Umum Hari...

NEW YORK – Bandaraya ini bakal menjadi metropolis pertama di Amerika Syarikat (AS)...

Kenyataan Rasis, Guang Yik Mohon Maaf

PETALING JAYA – Bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Bong Guang Yik tampil memohon maaf selepas membuat kenyataan berbentuk penghinaan ke atas agama Islam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Permohonan maaf itu dimuat naik Guang Yik hari ini menerusi akaun sosial media miliknya berikutan kenyataan dibuat olehnya semalam mengundang amarah pelbagai pihak.

“Di sini saya ingin memohon maaf kepada rakan badminton Melayu di Malaysia. Minta maaf.

“Kandungan video ini saya kata masalah BAM tetapi di bahagian belakang saya kaitkan dengan isu perkauman,” katanya.

Guang Yik turut mengakui isu perkauman yang disentuhnya telah membuatkan ramai rakan-rakan badminton Melayu di Malaysia berasa tidak seronok.

“Sebenarnya dalam video itu, saya mengaku saya terlalu ekstrem. Saya menegur kerana saya sayang.

“Saya hanya harap kebaikan untuk BAM kerana jika sukan badminton Malaysia bagus yang mendapat manfaat adalah kita,” ujarnya.


Dalam pada itu, dia berharap agar tahap pengurusan BAM ditingkatkan dalam segala peringkat supaya dapat melahirkan pemain yang bagus.

“Namun di bahagian akhir memang tidak patut saya kaitkan isu perkauman,” katanya.

Terdahulu, Guang Yik membuat kenyataan rasis mengatakan kaum Melayu hanya tahu makan dan solat lima kali sehari tanpa niat menguruskan BAM dengan baik.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan pandangan tidak bersetuju dengan ucapan terbabit.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori