Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5,000 Saksikan Penghijrahan Burung...

PORT DICKSON - Lebih 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri perkarangan...

Ditetak Ketika Sedang Tidur

TIGA lelaki yang sedang tidur, parah ditetak empat lelaki di rumah tidak bernombor...

Filipina Jadi Tuan Rumah...

KUALA LUMPUR - Filipina akan menjadi tuan rumah Sukan SEA akan datang pada 2019...

Guna NBOS Laksana Program...

PAITAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)...

Kerajaan Gesa Benar Keluar KWSP Sebelum Sekolah Buka Mac Ini

PETALING JAYA: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 dibuka Mac ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya, Azmi Mohd. Tahir berkata, ini kerana kebanyakan pencarum tiada pilihan susulan keadaan yang memaksa menjadi faktor utama mereka menuntut pengeluaran berkenaan.

“(Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami ingin menjelaskan bahawa selepas beberapa sesi soal jawab bersama pencarum yang tertekan dan terdesak, kami mendapati bahawa hampir kesemua pencarum yang ditemui bukanlah mereka bergantung harap sepenuhnya pada wang KWSP semata-mata.

“Tetapi keadaan memaksa, maka tiada pilihan lain selepas pencarum sangat terkesan dan terbelenggu dengan kos sara hidup yang terus meningkat dan menekan hidup mereka.

“Satu demi satu harga barangan naik dan ini tidak dapat menampung kelangsungan hidup rakyat atau pencarum kerana dengan pendapatan yang tidak seimbang dan pekerjaan yang tidak stabil.

“Justeru dengan hanya satu jalan terakhir, adalah dengan membenarkan pengeluaran kecemasan KWSP ini secara bersasar bagi pencarum meneruskan kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.


PGRIM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam satu majlis di Kangar, Perlis sebelum ini, dilaporkan berkata, kerajaan perlu mempertimbang nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran bersasar itu.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, PGRIM akan terus mendesak dan mencari jalan supaya tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP diluluskan dengan kadar sesegera.

“Kami sudah tiada daya lagi cara bagaimana untuk mendesak supaya pengeluaran kecemasan secara bersasar ini direalisasikan tetapi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menegakkan hak asasi manusia, kami akan terus mendesak.

“Pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka sekarang,” ujarnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori