Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Beri Mandat Mukim, Kampung...

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan sudah tiba masanya...

1,268 Saman Dikeluarkan Sejak...

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,268 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak mengambilalih kesemua...

Semua Rakyat Johor Terima...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan mengagihkan bantuan 10 kilogram (kg) beras...

Semua Lorong Pelepasan Di...

SINGAPURA – Semua lorong di tambak menuju Johor Bahru yang ditutup awal pagi...

Kerajaan Sediakan RM40 Bilion Untuk Kemudahan Pinjaman Dan Pembiayaan Usahawan PMKS

PETALING JAYA: Kerajaan melalui agensi-agensinya akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan nilai keseluruhan RM40 bilion.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui penyediaan tersebut kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion untuk PMKS.

“Antaranya, RM300 juta dikhaskan untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia. BSN menyediakan lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja

“TEKUN juga menyediakan 330 juta ringgit termasuk 10 juta ringgit untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan. Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan turut bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing.


Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu berkata, hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh BNM bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME) bagi meringankan beban kewangan PKN dan menyokong pengembangan perniagaan.

“Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sedia menjamin sehingga RM20 bilion pinjaman PKS dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan Kerajaan sehingga 90 peratus.

“Jaminan juga diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi supaya dapat memberi manfaat khusus kepada penjaja kecil,” jelasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori