Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Siakap Diternak Ada Cacat...

PUTRAJAYA: Penggemar masakan berasaskan siakap di negara ini perlu tahu membezakan antara spesies...

3 Nelayan Indonesia Hanyut...

KEMAMAN - Tiga nelayan lelaki warga Indonesia ditemui selamat selepas seminggu menempuh suasana...

“Dianggap Gila, Tapi Ini...

"ORANG tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup. Dulu anakmu dianggap gila, kini...

Netizen Terharu Lelaki Buta...

SAYU hati rasanya tatkala membaca kisah mengenai seorang suami cacat penglihatan namun masih...

Kerajaan Tidak Campur Tangan Siasatan Kes Beku Akaun Bersatu – PM

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak campur tangan terhadap siasatan berhubung pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri berkata, badan penguatkuasaan dan kehakiman termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kekal bebas.

“Adalah tidak bertanggungjawab bagi tokoh politik daripada parti pembangkang membuat tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan campur tangan dalam siasatan SPRM itu.

“Kita tidak menggunakan badan-badan ini, yang berlaku ada dua hal yang mana siasatan itu dibuat selepas adanya laporan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM tentang penggunaan wang oleh Bersatu.


“Sebagai Menteri Kewangan, saya juga dapati projek-projek yang dilaksana Bersatu menelan belanja terlalu tinggi tanpa proses tender,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet hari ini.

Katanya, beliau mendapati projek Jana Wibawa yang dilaksana parti itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tebatan banjir menelan kos terlalu tinggi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori