Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sharnaaz Rancang Nikahi Nabila...

SETELAH beberapa kali gagal dalam beberapa siri percintaan, pelakon Sharnaaz Ahmad, 31, akhirnya...

Kerajaan UAE Akan Bantu...

PUTRAJAYA - Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membantu menyelesaikan kes jurutera sivil...

Kikis Sikap Bergantung Kepada...

PHNOM PENH - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam untuk...

Keluarga Balik KL Tipu...

POLIS sudah mengenal pasti seorang lelaki dan keluarganya yang tular di media sosial...

Keropok Kering Tokek Haram Dimakan

PUTRAJAYA – Keropok kering tokek adalah inovasi makanan terbaharu yang kini tular di media sosial selain turut dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerui portal Maktabah Al-Bakri menjelaskan, tokek yang juga nama sejenis cicak adalah haram untuk dimakan.

Menurutnya, berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan para ulama, beliau berpendapat bahawa cicak termasuk dalam jenis haiwan yang haram untuk dimakan sebagaimana pendapat jumhur ulama.

“Haiwan itu dianggap jijik dan cicak termasuk dalam jenis haiwan perosak yang diperintahkan untuk dibunuh, lebih-lebih lagi Islam menganjurkan umatnya untuk memakan makanan yang halal lagi baik,” katanya.


Katanya, ulama berselisih pendapat mengenai hukum memakan haiwan itu dimana Imam al-Nawawi dan Abu Ishal al-Syirazi berpendapat tokek atau cicak haram dimakan kerana ia termasuk dalam haiwan yang harus dibunuh.

Selain itu, Zulkifli berkata, pendapat kedua pula menyatakan cicak itu halal dimakan sebagaimana pendapat Imam Malik yang mana turut mensyaratkan ular halal dimakan jika selamat daripada racun atau bisanya.

Sebelum ini, keropok tokek kering yang difahamakan keluaran negara jiran Indonesia, turut dipasarkan menerusi portal beli belah atas talian dan dijual pada harga sekitar RM38 sepaket.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori