Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rakyat Sabah Terasa Hati...

PEKAN - Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, terasa hati dengan tindakan individu tertentu...

UTP, GMI Tandatangani MOU...

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan German-Malaysian Institute (GMI) baru-baru ini...

Pelakon Nurin Misha Meninggal...

KUALA LUMPUR - Pelakon berpengalaman, Nurin Misha meninggal dunia awal pagi tadi di...

Mat Sabu Pertikai Peguam...

Pakatan Rakyat hari ini mahu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan...

Ketua Polis Jambi Terbabit Nahas Helikopter

JAKARTA: Lima penumpang dan tiga kru dilaporkan hilang selepas helikopter milik polis dinaiki mereka semalam terhempas di hutan Jambi, Indonesia akibat cuaca buruk, kata pihak polis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nahas itu turut membabitkan Ketua Polis Jambi, Inspektor Jeneral Rusdi Hartono, dengan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang giat dilakukan.

Jurucakap Polis Persekutuan, Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo, berkata semua mangsa nahas terselamat dan rakaman telefon bimbit menunjukkan mereka sudah menerima alat bantuan kecemasan serta makanan yang dijatuhkan pasukan SAR.

Polis bagaimanapun enggan menyifatkan kejadian itu sebagai nahas dan menegaskan juruterbang helikopter terbabit terpaksa melakukan pendaratan cemas akibat cuaca buruk.


“Ya, lokasi nahas sudah dikesan dan bantuan sudah diterima rombongan ketua polis. Pasukan SAR sukar untuk ke lokasi nahas susulan keadaan muka bumi di sekitarnya.

“Alat bantuan kecemasan dan bekalan makanan terpaksa dihantar ke lokasi nahas dan beberapa anggota misi SAR akan tiba ke situ tidak lama lagi.

“Sembilan anggota pasukan SAR kini menghampiri lokasi nahas. Mereka perlu berjalan sejauh dua kilometer lagi,” katanya merujuk kepada nahas helikopter Bell 412 SP seperti mana dilaporkan portal berita Tempo.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori