Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

GINTELL DeSpace Royale Blue,...

HOW would you like to rest, relax and recuperate in luxury, while experiencing...

Guru Ditahan Disyaki 50...

SEORANG guru ditahan kerana dipercayai terlibat dalam tabiat seks songsang hingga sanggup meliwat...

Udang Goreng Cili Bertelur...

Bahan bahan:3-4 ekor ketam/udang - potong 2 kalau ketam 5 sudu besar cili kisar 1...

Perjuangan DAP Sarawak Isu...

KUCHING - Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Ugah Embas menyifatkan perjuangan...

KJ Nafi Perolehan Vaksin Covid-19 Dibuat Tanpa Persetujuan AGC

Kuala Lumpur : Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, semua perolehan yang dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan kepada Kabinet.

“Justeru, AGC akan mengetahui dan memberikan ulasan mereka. Perolehan ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi jawapan ringkas kepada New Straits Times, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembentangan Kertas Putih oleh KKM berhubung perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang sebahagiannya dipercayai tidak mengikut peraturan.


Anwar berkata, perolehan terbabit juga ditandatangani tanpa persetujuan AGC.

Katanya, kertas putih terbabit akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan akan datang oleh Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

Sementara itu, usaha mendapatkan seorang lagi bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, tidak berhasil.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori