Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Gembira Prestasi Kukuh...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau gembira dengan...

Pesalah Juvana Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Pesalah kanak-kanak jika didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun...

Parlimen: Desak Usul Bawa...

KUALA LUMPUR - Pembangkang hari ini mendesak supaya usul membawa Menteri Kewangan, Lim...

Mahkamah Putus Kematian Model...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Ivana Smit sebagai nahas,...

Korban Gempa Di Turkiye, Syria Terus Meningkat Lebih 1,400

DIYARBAKIR (TURKIYE): Angka korban tragedi gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria, hari ini, terus meningkat kepada lebih 1,400.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sekurang-kurang 912 maut di Turkiye, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan yang berdepan bencana terbesar dalam tempoh dua dekad pemerintahannya.

Gempa bumi pertama awal pagi tadi diikuti lebih 50 gempa susulan, termasuk satu gegaran berukuran 7.5 magnitud yang melanda pada tengah hari ketika pasukan bertungkus lumus melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Wartawan AFP dan saksi berkata, gegaran lanjutan itu dirasai hingga sejauh ibu kota Turkiye, Ankara, dan bandar Irbil di Iraq.

Media dan anggota penyelamat di Syria pula memaklumkan, sekurang-kurang 592 terkorban di negara itu yang turut menyaksikan bangunan ranap dalam insiden kali ini.


Seorang mangsa terselamat di Syria, Osama Abdel Hamid, berkata beliau sekeluarga sedang tidur ketika gempa bumi melanda.

“Saya segera mengejutkan isteri dan anak-anak sebelum kami berlari ke arah pintu sebelum keseluruhan bangunan runtuh,” katanya.

Jurucakap Pertahanan Awam Syria, Ismail Alabdallah, berkata pasukan SAR masih giat meneruskan usaha mengesan dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri terperangkap di bawah rumah.

“Banyak bangunan runtuh di bandar dan perkampungan sekitar barat laut Syria. Malah hingga kini, masih banyak mangsa terperangkap di bawah runtuhan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori