Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Aliran Trafik Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati perlahan setakat...

Antara Album Terbaik R&B,...

ALBUM terbaharu, Chapters, milik penyanyi yang semakin rancak mencipta namanya di Amerika Syarikat...

Pentadbiran Negara Dikuasai DAP...

KLANG - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan mengatakan pentadbiran negara...

Hospital Cyberjaya Siap Pada...

KUALA LUMPUR – Hospital Cyberjaya, dengan nilai kontrak sebanyak RM475 juta dan dijadualkan...

Lari Ketika Serbuan Polis, 2 Lemas Terjun Sungai

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia manakala rakannya masih hilang selepas bertindak terjun ke dalam sungai ketika polis membuat serbuan sekitar Jalan Muara 20, Taman Muara Esbee, di sini, Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar pukul 8.43 malam.

Katanya, seramai 15 kekuatan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, dua lelaki tempatan yang berusia 24 dan 31 tahun telah terjun ke dalam sungai ketika serbuan pihak polis.


“Mangsa, Muhammad Zilfazli Mohd Ali, 31, ditemui terapung oleh nelayan hari ini pada pukul 7.52 pagi, kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB). Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, gerakan mencari masih diteruskan oleh pihak bomba terhadap seorang lagi rakan mangsa yang dipercayai lemas.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori